Sejak kebelakangan ini, Dunia umunya seakan-akan demam bola dengan
kehadiran Piala Dunia yang bakal berlangsung. Malaysia Khasnya
seakan-akan memerlukan aura perubahan Industri Bola Sepak ke arah yang
lebih profesional agar tidak ketinggalan jauh kebelakang. Namun disini
saya ingin menceritakan, serba sedikit suka duka perjalanan Skuad Bujang
Senang yang popular dengan gelaran Ngap Sayot.
Setelah muncul Juara Liga Perdana tahun lepas, Skuad Bujang Senang
memulakan musim 2014 agak perlahan dengan mencatat beberapa kekalahan
dalam saingan Liga Super. Namun, Robert Albert bijak mengatur strategi
dan perlu melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan walaupun ada
kekurangan.
Prestasi pasukan menaik dengan mendadak ditambah lagi dengan sokongan
padu hampir 2 juta anak jati Sarawak. Tidak kira dimana Skuad Robert
Albert beraksi, stadium lawan diibaratkan seperti stadium sendiri. Setiap
perlawanan, stadium pastinya tidak lengang dengan kehadiran penyokong
setia Ngap Sayot dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran GB13.
Disebalik itu, kontraversi dari pasukan lain yang seringkali memenuhi
dada akhbar tempatan turut menarikperhatian rakyat Malaysia. Namun,
sebagai penyokong bola sepak profesional tidak seharusnya berfikiran
negatif dan menyalahkan pihak lain. Lebih baik diam daripada menyampuk.
Hormat menghormati, menyumbang kepada keharmonian Dunia Sukan. Player
dan penyokong menghromati antara satu sama lain dan tidak adanya caci
maki jika berlakunya kekalahan dan tidak ada kemegahan jika beroleh
kemenangan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari dahulu seringkali dikecam
kerana dikatakan tidak profesional dalam mengurus pasukan kebangsaan
Malaysia. Negara lain sudah layak ke piala dunia, Malaysia?? Jika telus
dalam segala hal, tidak mustahil Malaysia boleh menghasilkan pemain bola
sepak bertaraf dunia. Namun, pengurusan dan masalah dalaman yang
berlaku di FAM menidakkan segala-galanya.
Isu Rasuah? sedar atau tidak, perkara inilah yang memusnahkan segala
impian dari kenyataan. Berkata tentang rasuah, teringat isu rasuah yang
melibatkan perlawanan antara Sarawak vs Lion XII beberapa tahun yang
lepas. Hehe Apa dah jadi? FAM tetap bangsat selamanya!
Hukuman atau Denda?? Satu perkara yang FAM akan berikan perhatian 100%.
Padahal alasan disebalik hukuman dan denda yang dikenakan kadang-kadang
tidak logik dari segi fikiran otak yang sihat!
Pembangunan?? rasanya isu rasuah, denda, hukuman lebih kerap kali
kedengaran daripada pembangunan bola sepak peringkat akar umbi.
Walau apapun terjadi, sokonglah pasukan anda dengan sebaik mungkin. Kurangkan Kontraversi dan tingkatkan prestasi. Wasalam.
No comments:
Post a Comment