Sunday, 20 April 2014

Ultras Sarawak GB13



BERMULANYA ERA GB13

Pada suatu ketika dulu, Sarawak FA mempunyai kelompok penyokong yg terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Sarawak Football Fan Club (SFFC) dan The UltraCrocs. Kedua2 kelompok ini boleh dikatakan termasuk dalam ultra-group atau singkatannya ‘Ultras’, sekumpulan penyokong tegar suatu team bolasepak yang dibuat secara teratur atau organized. Dengan mengambil contoh seperti apa yang dilakukan oleh penyokong dari negara2 luar seperti di Eropah dan Amerika Selatan. Mereka juga ada membuat satu laman komuniti Facebook yang bernama “Penyokong Bolasepak Sarawak” (Sarawak Soccer Supporters).
Sebelum bermulanya Piala Malaysia 2011, sebuah kumpulan gabungan antara 4 kelompok Ultras di Sarawak iaitu Sayotters Fan Network (Sayotters), Sarawak Soccer Supporters (S3), GGM dan Crocs Attack telah ditubuhkan dengan nama ‘Gallore Buceros’. Seterusnya menjadi antara kumpulan penyokong tegar yg berfahaman Ultras terbesar di Sarawak. Maksud perkataan ‘Gallore’ jika diterjemahkan secara terus bermaksud; mewah, kaya, melimpah-limpah, terlalu banyak atau mungkin boleh dikatakan sebagai meriah atau Gemilang. Maksud ‘Buceros’ pula ialah kategori atau kumpulan spesis Burung Enggang (Bucerotidae) atau dikenali oleh masyarakat Sarawak sebagai ‘Burung Kenyalang’. Pada 13 Mac 2012, kumpulan ini dinamakan semula sebagai GB13 atas sebab2 yang tidak diketahui.
GB13 merevolusikan cara sokongan terhadap pasukan Sarawak dengan cara mereka sendiri, mengambil inspirasi dari cara kelompok penyokong tegar negara luar memberikan sokongan terhadap pasukan mereka seperti The Ultras (Eropah), Torcidas (Brazil) dan Barra Bravas (Amerika). Dalam erti kata lain, GB13 juga sama tarafnya seperti The Ultras, Torcidas dan Barra Bravas. GB13 biasanya memilih lokasi di curva Gate B utk berkumpul, namun itu semua bergantung dengan keadaan jumlah penonton juga. Gaya sorakan atau ‘chant’ GB13 juga diselang-selikan dengan loghat & alunan ala Sarawak, mencerminkan jati diri ‘Sarawakian’ yg ada pada setiap ahli GB13. Selain itu, mereka juga ‘berkongsi’ tune chanting yg sama digunakan Ultras Malaya, Moroccan Ultras dan juga ultras2 lain terutamanya dari luar negara. GB13 merupakan kumpulan yang berkonsepkan “Open Door”, menggalakkan penyokong Sarawak yang lain untuk menyertai mereka sebagai tanda sokongan padu terhadap pasukan Sarawak. Chant-chant GB13 yang dikenali antaranya; Satukan Hatimu, La Grande Storia, Encang Sarawak Encang, Sarawak Kitai dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment