Sunday, 20 April 2014

Sarawak Selamanya


MSL2014 mungkin menjadi impian kepada kebanyakkan penyokong untuk melihat Sarawak mengekalkan reputasi sebagai pasukan “unbeatable” ketika beraksi di MPL2013.
Namun, impian itu jelas mustahil kerana Sarawak kini berdepan pasukan gergasi segah nama seperti Pahang, Johor DT dan Selangor yg jelas memberi tekanan besar terhadap pasukan Sarawak.
Memulakan misi kempen MSL2014 dengan agak perlahan, Sarawak jelas menghadapi masa sukar sepanjang pusingan awal kempen liga kali ini. Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama yg dibelenggu masalah kecederaan, selain prestasi yang kurang memuaskan dua import Sarawak jelas telah menjejaskan perjalanan kempen MSL2014 Sarawak kali ini.

Setelah “transfer window” dibuka semula Mac lalu, Sarawak terus mengambil initiatif utk menggantikan import yg gagal dengan dua import baru yang jelas sedikit sebanyak merubah corak permainan Sarawak.
Pujian juga harus diberikan kepada pemain-pemain tempatan kerana berjaya mewarnai kancah bolasepak negara. Jika sebelum ini ramai yg sangsi dengan kemampuan tempatan, namun line up Sarawak telah membuktikan sebaliknya. Di sebalik prestasi terbaik ini, ketiadaan pelapis jelas menjadi kebimbangan kepada kita kerana rata-rata pemain telah mencecah tahap “golden era” mereka.

Setelah 14 perlawanan(setakat 21 Mac), Sarawak kini menduduki tangga empat teratas MSL2014, dipisahkan 6 mata dari pendahulu semasa. Diharapkan pasukan Sarawak akan terus cemerlang dan mengekalkan momentum kemenangan ketika ini. Sarawak akan kembali beraksi pada pertengahan Mei nanti utk berdepan 10 perlawanan lagi sblm tirai MSL2014 dilabuhkan


No comments:

Post a Comment